Kamis, 19 Agustus 2010

KENDURI ARWAH BUKAN BID’AH DHALALAH BAHKAN SUNNAH NABI S.A.W

Ketahuilah kamu bahawa kenduri arwah itu bermakna sadaqah dan berdo’a kepada orang-orang yang telah mati. Maka memang sampai kepada simati itu.Dalilnya firman Allah :




والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم


Artinya : dan segala orang yang datang mereka itu kemudian dari mereka itu berkata mereka itu hai tuhan kami ..ampunilah kami oleh mu bagi kami dan bagi saudara-saudara kami yang mereka itu telah mendahului akan kami dengan iman.





Hadith: ان رجلا قال للنبي صعلم ان امي أقتلتت نفسها وأراها لو تكلمت تصدقت فهل لها من اجر ان تصدقت عنها قال نعم رواه البخاري ومسلم عن عائشة رضي الله عنها



Artinya:bahawa seorang lelaki berkata ia bagi Nabi s.a.w bahawa ibuku dimatikan terkejut dirinya dan dilihatkan daku akandia jikalau berkata-kata niscaya bersedekah ia.Maka adakah baginya pahala(balasan) jika aku sedakah daripadanya ? Sabda Nabi s.a.w na’am (ia).





Hadith : اذا مات الأنسان انقطع عمله الا من ثلاث صدقة جارية او علم ينتفع به او ولد صالح يدعو له رواه مسلم عن ابي هريرة



Artinya: apabila mati oleh maknusia muslim nescaya terputuslah amalannya melainkan daripada tiga perkara, sedakah jariyah , ilmu yang memberi menafa’at dengan dia , atau anak yang saleh yang mendo’a baginya.



(Kitab ini telah ditashih oleh 3 orang tokoh ulama tanah air 1-Sheikh Abdullah Fahim 2-Sheikh Haji Ahmad Tuan Husin Pokok Sena 3-Tuan Guru Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah Merbuk Kedah )

Tidak ada komentar: